About Me

Cairo, Nasr City, Egypt
I've got so much to do, but yet haven't enough time, those peaks and lands awaited me, so can feel it, Sinai Mountain, Dhumyat, wait for me!!!travel around the world, to witness God's creation, subhan Allah..

Jul 3, 2011

Quran di Depanku







Quran tu, dah terkoyak zipnya.
Tapi itulah Quran yang paling senang nak dibawa ke mana-mana.
Beli dengan harga RM 40 masa belajar di MRSM Merbok dulu, Quran ni banyak menyimpan rahsia dan kenangan silam.
Tapi hari ni aku rindu nak buka Quran.
Tak tahu kenapa.
Aku rindu nak baca Kalam Tuhan, membaca maksud janji-janjinya terhadap hamba yang beriman dan
hamba yang fasik.

Aku buka Surah at- Taubah. Ayat 102 aku baca.
Ayat tu buat aku rasa lega, sekurang-kurangnya hamba, a'si sepertiku boleh berharap untuk diampunkan dosa oleh Yang Maha Kuasa.

Ya, hanya boleh berdoa dan berharap.
Sujud menyembah bumi Tuhan dan berharap agar doa a'si sepertiku diampunkan Ilah.

Quran itu.
Tertutup tapi nampak rongga muka suratmnya, kerana zip sudah rosak.
Ada yang cadangkan beli Quran baru sahaja.
Tapi bagaimana aku boleh cari yang lain?
Dengan Quran ni aku bertemu murabbi pertamaku,
Persoalan yang mengacau jiwaku dijawab oleh murabbi menggunakan Quran ni.

Quran mana-mana sama sahaja, isinya tetap kalam Tuhan.

Tapi Quran yang satu ni, yang di depanku ni, tetap akan menjadi pilihan.